Isnin, 31 Ogos 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Semoga Allah Memerdekakan Kita Di Bulan Yang Mulia Ini


Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.






Ahad, 30 Ogos 2009

Alhamdulillah



Syukur pada Allah swt.. dengan Rahmat yang telah diberikanNya pada ku..
Hari ini 29/30 Ogos 2009 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1430 Hijrah telah melakar satu sejarah yg amat bermakna dan aku merasakan saat paling bahagia dalam hidupku.... sukar nak digambarkan dengan kata2 tetapi aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan inginku menyatakan kepada semua orang bahawa akulah orang yg paling bertuah pada hari ini.




Kenapa aku kata begitu... tunggu lah kesudahan nyer.. yang akan bersambung di Buletin Utama heheheheh cheriyo 73





Jumaat, 28 Ogos 2009

Ha.. sapa nak bagi jawapan...


Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA (Pokok Nyiur). Dan ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. Tempat2nya ialah :

1. Di tepi sungai
2. Di halaman rumah
3. Di tepi/tengah padang
4. Di belakang rumah / tepi dapur

Kalau anda lah, anda akan tanam di lokasi mana?

jawap ngan jujur ekkkk






Rabu, 26 Ogos 2009

Lepas Ke Petaling Jaya

assalamualaikum... ha.. nak citer sikit.. ntah mcm mana aku leh terlepas ke petaling jaya... mmm buat per.. aku teman orang balik ke sana.. siapa usah tanyer le aku ni... jadi ntah mcm nana aku teringat nak buka mobile rig aku... elok je bukak terdengar pak yop..9w2yr dalam jaluran.. apa lagi aku sahut dan masuk... rupanyer dia ada di belakng jelopy aku.. heheh nampak juga le rupa pak yop yg hensem tu balik ke sana... tapi yg hairannye asal tak berapa clear ekk... mobile rig aku ni ke..? antena aku ni ker? mmm kena bawak jumpa sbd ni.. sbd tgu je lah heheheh






Khamis, 20 Ogos 2009

Pedalaman ke bandar ke ???


Mmmm beza duk sekolah pedalaman ngan dalm bandar... memang jauhbeza. duk pedalaman memang seronok dgn suasana kampung yg tenteram. tapi tak leh g mana2. mati kutu di buatnyer. duk dalam bandar byk cabaran. duit pun cepat abis. Apa pun selamat berjuang pada guru2 yg berada dipedalaman. jasamu tetap dikenang. nak teman ganti kome sori le... hehheh






Aku Nak Berhenti...........!!!!!



Yesss......... dalam diam tak diam aku dah seminggu tak smoking... dalam proses berhenti hehehe... pasal pe berhenti jgn tanya... tapi frust punya pasal aku nekad berhenti... lagipun nak puasa dah kan... harap2 berterusan sampai bila2. Kengkawan bg le semangat pada aku, jgn kau hulur pulak... hanyut le aku lg sekali ... ni cubaan ketiga dah ni.... harap percubaan yg penghabisan..............
Tq.. see u cheriyo... assalamualaikum

ps: lupa nak check in net lak malam ni huhuhu



Ahad, 16 Ogos 2009

Sudah Sampai Masanyer....

Sudah tiba masanyer untuk saya mengorak langkah untuk menyambung pengajian ku...
Dalam hati terpikir juga adakah secara pjj atau pun full time...
Kalau tak da masalah aku ingin buat full time, lagi senang ..
tak menganggu waktu belajar dan mengajar
kalau full time kena lak amik ptptn...
waduh hutang lagi huhuhu...
Apapun saya nak mintak pandangan rakan-rakan yg berpengalaman...
Bagaimana nak uat full time....
apa yg perlu saya lakukan...
berilah pandangan...
Keliru dan Resah







Jumaat, 14 Ogos 2009


Kategori : AKIDAH TauhidIman
Tajuk :
Kemuliaan Ramadhan
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama."
al-Bara' bin 'Aazib r.a

Huraian
Pengajaran Hadith: i) Umat Islam digesa agar bersegera mengerjakan solat termasuklah solat berjamaah.
ii) Allah S.W.T. menjanjikan bahawa sesiapa yang bersolat di saf yang pertama akan mendapat ganjaran yang lebih daripada orang yang berada di saf yang selainnya.



Kategori : IBADAH Puasa
Tajuk :
Ramadhan Dibuka Pintu syurga Dan Ditutup Pintu Neraka
Hadith :
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”
(Bukhari & Muslim)

Huraian
1. Kelebihan bulan Ramadhan ialah meluasnya rahmat dan kasih sayang Allah SWT dan pada masa yang sama Allah SWT menutup pintu neraka dan merantai segala syaitan yang berkeliaran
2. Umat Islam yang berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengamalkan segala yang diperintah dan meninggalkan segala yang ditegah serta tidak berpuasa melainkan kerana iman dan tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan, maka baginya keuntungan dan pahala yang berlipat ganda banyaknya bahkan syaitan sedikitpun tidak diberi kesempatan untuk menggoda atau menghasut mereka.
3. Bagi orang yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan dosa bermakna bahawa puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya. Yang diperolehinya hanyalah lapar dan dahaga dan Allah SWT tidak akan menerima amalannya.






Sedih Kehilangan Nyer...


Mana le pegi kucing ni, dah seminggu tak balik.. selalunya si 'mek' ni balik walau pun dah jumpa kucing jantan lain... hati sedih sangat... mana tak sedih kucing yang jadi teman bila keseorangan dah tiada... kucing yang selalu duduk kat tepi pintu bila saya nak pegi kerja dan yang selalu tunggu bila saya balik dari kerja... = (






Khamis, 13 Ogos 2009

1st Time Jadi Pengawal 2 Meter Net Parts


Assalamualaikum..hehe Ceria Bersama Parts.. ini kali pertama teman jadi net controller di RPK. sejak dapat callsign tahun 2007. mm dah lama 9w2suf mintak jadi net cont. tapi qrl je manjang. apa pun selesai tugas teman, rasa ini le hadiah yg bermakna bagi teman sempena ulang tahun kali ke 30. mana taknyer ianya betul2 jatuh pada 12.8 iaitu tarikh lahir teman. apapun terima kasih pada yg sudi check in dan yg bg amanah pada teman terutama Pak Lop dan Ajk Parts. Terima kasih, syukran jazilan. cheriyo 73.................

p/s: bilik tak sempat kemas... hehehe





Rabu, 12 Ogos 2009

Genap Lah Umur Ku....



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Khamis, 6 Ogos 2009

Barisan Pegawai Yg Hensem And Lawa.. heheh


Acara penutupnye... bergambar kenangan bersama para pegawai....







Terobang wehhhhh



Ini merupakan aktiviti yang telah teman buat.. flying Fox.... tapi teman bukan musang berjanggut ekk...

* jgn lakukan ia dirumah... sebab patah le katil anda nanti heheheh







Kursus Kepegawaian TKRS Daerah Kinta Utara, Nur Lembah Lenggong





Sekitar Kursus Kepegawaian Tunas Kadet Remaja sekolah Daerah Kinta Utara. Pada 4 hingga 6 Ogos 2009. Seramai 43 orang guru-guru telah ditauliahkan sebagai Lt Muda KRS oleh Pegawai KRS Daerah Kinta Utara, Kolonel Said Bin Manap serta Leftenan Kolonel Wan Shaiful Akmar.






Isnin, 3 Ogos 2009

Perlawanan Bola Tampar NUTP Kebangsaan


Perlawanan Bola Tampar peringkat kebangsaan NUTP .. Perak tak de tempat huhuh sedihnyer.. Johan di sandang oleh negeri Kelantan dan Naib Johan Terengganu. Manakala Johor tempat ketiga... letih gak aku 2 hari duk sana termanggu tak tau nak buat per... keroje teman cuma susun bola lepas main. tapi masyuk byk beb, referee pun jeles hehehehe




Sign by Danasoft - Layouts and Images

sapee tu