Hari ini merupakan hari yang paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga. kehadiran orang baru yang menjadi penyeri rumahtangga kami. Bayi perempuan saya yang bernama Wan Anis Zulaikha... yang dilahirkan pada jam 5.00 pagi 16 september 2010. tambah meriah apabila kelahiran Anis pada tanggal 16 sept iaitu hari Malaysia dan pada bulan kita masih menyambut Aidilfitri.... kepada rakan-rakan yang mendoakan .. terima kasih. 73...
dalam diam ada ubi, ada ubi ada batas, dalam batas ada ubi.. dalam tak diam aku berbini.. InsyaAllah dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan kemungkinan aku akan dapat baby...
Inilah saat yang paling aku tunggu .. bergelar DADDY... atau ABI atau ABAH atau AYAH mana pun boleh asal maksudnyer satu.. kalau ikut kiraan tinggal 3 minggu lagi isteri teman nak due. apapun teman doa je ler agar segala berjalan lancar. Doakan kami sekeluarga... Amin.
check,, sound check... sound trouble.. tak leh check... Assalamualaikum... hai pe kabar semua rakan2 ku... anda sihat... saya sihat dan bertambah 'sihat'... hihii mana taknyer... makan minum dah de yg jaga... lama tak update laman web aku ni... sekarang aku akan mengganas kembali dengan ciri2 lelaki sejati yahuuu.... apa nak citer.. kita tunggu hihihihi
Assalamualaikum...........
Fuh sekian lama teman diam menyepi.... bukan per.. saja nak tenangkan fikiran... tapi cuma tahun ni teman dah berdua .. dan akan menikmati hidup sebagai seorang yang sudah berkeluarga... hihih 73 dulu.. tak de modal lagi
Assalamualaikum...... lama tak update blog.. hari ni sempat juga le aku update.. esok 11 hb disember malam yg aku nantikan di mana aku akan dinikahkan dengan insan yg aku sayang... persiapan yang telah dibuat nampak nyer ok dan berjalan lancar... semoga masa aku mengucapkan lafaz nikah tu pun bior le lancar jgn gagap pulak.. huhuhuh apapun perasaan gementar memasuki alam perkahwinan memang dapat aku rasa...semoga majlis ku berjalan lancar... kengkawan doakan lah teman ... cheriyo 73...
Assalamualaikum.... kepada semua rakan2 yang membaca blog saya di mana juga anda berada... Saya ingin menjemput semua rakan2 tak kira sapa pun.. kawan atas kawan, kawan pada saya.. kawan pada kawan saya.. atau pun mereka yg kenal Hensem Guy ni.. ke Majlis Perkahwinan saya di
No 13 Jalan Bunga Seroja Taman Parit Jaya... pada 13 Disember 2009 hari Ahad
kepada rakan2 yang mempunyai blog boleh le diwar-warkan dalam blog anda... takut ada rakan yg tak dapat saya jumpa.. kalau tak tau jalan nak g.. boleh menghubungi simplex v22 atau parts.. saya akan minta rakan2 parit untuk guide anda... 9w2FTB dan 9w2IPT bantuan anda teman perlukan hihihi terima kasih....
Teman telah dikejutkan dengan panggilan dari 9w2dgg.. berkenaan dengan murid2 yg menyertai perkhemahan 1 malaysia di kuala Dipang.. Ramai rakan teman yg terlibat... teman berhubung dengan rakan dan dia juga terlibat.. dan memang teman terkejut bila dia mengatakan murid yg tengah meniti jambatan gantung tu terjatuh dalam sungai kerana besi jambatan tersebut telah tumbang... lalu teman pun bergegas dengan rakan serumah iaitu khalil( sk pusing) dan ustaz shafizan ( sk sys ) untuk membantu... sambil meminta pertolongan 9w2dfa mendapatkan handy milik beliau.
pihak kami mengumpulkan murid2 yang masih lagi panik dan terkejut
cerucuk konkrit...pikir le boleh ke ni???
jambatan yg telah tumbang
melepaskan keletihan... semalaman kami tak tidur.. tunggu nasi pun tak sampai.. jadi lelap dulu le hihihihih 9w2tri ( ainal dari sk coronation park ipoh ) rakan baru...
semua yang hilang telah dijumpai... semoga kita ambil iktibar atas kejadian yg telah menimpa kita... 1 Malaysia dilancarkan di Perak... Di Perak juga lah perkara yg melibatkan nyawa dalam program ini mula-mula berlaku.... marilah kita berdoa agar kejadian ini tidak berulang lagi...Amin
dalam usaha ku untuk mengembalikan.....................
segala yang ada pada ku sebelum ini...
apa ke tidaknyer.................
habis semua seluar yang aku pakai dulu dah ketat tak leh nak jerut lagi...... mana taknyer.. pinggang dah naik dari 29 ke 33 Inchi apabila aku mula berhenti merokok dan selera makan aku dah macam makhluk asing yang tak pernah jumpa nasi... huhuhuhu
Assalamualaikum... kembali dalam buletin ZLA HG... tanggal 17 hb okt.. lahirlah anak buah teman... anak pada abg teman yg no 3.. dapat le juga kami sekeluarga menimang anak saudara perempuan... sebab satu je perempuan yg lain semua lelaki.. dari 10 anak sedara cuma 2 je perempuan... masuk le yg ini.. hihihi.. apa pun tahniah wat abg teman yg dah masuk 3 org harmonic... teman??? ntah ler.. hihihih
Assalamualaikum.... Kembali dalam buletin ZLA HG....... Hari ni teman buat kerja mcm biasa ronda di kawasan Seri Iskandar.... biasanye teman akan meronda di kawasan perumhan.. hari ni tergerak hati nak melihat di kawasan-kawasan yg sunyi pulak... akhirnyer.. ni yg teman jumpa... huuuhu
ni lah cebisan tisu yg digunakan untuk mengelap... lap apa.. anda fikirle sendiri
Teruknyer... ini adalah kotak k****m yang kami jumpa... ada 3 .. semua habis digunakan satu pun tak tgl.. agak2 lama juga dia disini berdasarkan air aircond kereta yg kami jumpa...(tak de tempat lain dah)
Apa yg teman nak ungkapkan...renung2kan lah dan selamat berfikir apakah yg akan terjadi pada rakyat kita.
Assalamualaikum.... bila terpandang gambar ni teringat zaman kami muda2 dulu huhuhu ,..... masa ni aku ingat dalam tahun 1998 dan 1999 masa tu teman baru 20 thn.. nasib baik kawan teman masuk facebook. dapat gamnbar ni dari dia ler. ini gambar masa kami buat perkhemahan tahunan AW Rej 503 Maktab Perguruan Ipoh. semua kengkawan tak tau pg mana... harap diorang semua sihat dan dengar kata ada plan untuk buat reunion Unit S MPIP , semoga kita dapat bertemu semula walaupun berjauhan di seluruh Malaysia. Cheriyo 73
Assalamualaikum.......... kembali dalam buletin ZLA HG... ni kisah teman ngan ayah teman dalam misi pencarian .. mana ke pegi nyer.. si 'hitam' ni.. dah le nak pakai dia hilang pulak... puas le teman ngan ayah cari tak jumpa.... nak kena cari tok moh ni.... ada sesapa pandai menilik??? jgn nujum pak belalang udah ler............. semoga berjumpa. kalau tak .. tak kenduri le aku huhuhu... jumpa g .. cheriyo 73
Assalamualaikum... selesai sudah aktiviti perkhemahan SK Pusing untuk tahun ini.. Alhamdulillah segala berjalan lancar dan baik... antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti :
a. ikatan dan simpulan b. ikhtiar hidup c. nightwalk d. majlis ilmu e. latihan dalam kumpulan
semoga kita akan dapat menjalankan aktiviti yang lain pada masa akan datang... terima kasih semua.... cheriyo 73 assalamualaikum