Ahad, 16 Ogos 2009

Sudah Sampai Masanyer....

Sudah tiba masanyer untuk saya mengorak langkah untuk menyambung pengajian ku...
Dalam hati terpikir juga adakah secara pjj atau pun full time...
Kalau tak da masalah aku ingin buat full time, lagi senang ..
tak menganggu waktu belajar dan mengajar
kalau full time kena lak amik ptptn...
waduh hutang lagi huhuhu...
Apapun saya nak mintak pandangan rakan-rakan yg berpengalaman...
Bagaimana nak uat full time....
apa yg perlu saya lakukan...
berilah pandangan...
Keliru dan Resah







4 ulasan:

yongzu @ 9W2YZU berkata...

Sekadar pandangan sebagai orang yang telah melalui kedua-dua cara i.e full time & part time. Wbgmnpun mungkin ada beberapa point yang sudah berubah dengan masa.

1. MASA
- Betul, ada yang beranggapan sebagai pelajar sepenuh masa, tumpuan boleh diberikan sepenuhnya, tak perlu fikir tentang kelas, aktiviti luar dsb. Realitinya, perkara ini bergantung kepada sikap seseorang. Ada juga pelajar "full time" yang menggunakan alasan "tidak cukup masa " untuk menyiapkan tugasan dan bersikap sambil lewa dalam study.

Realiti lagi, ada pelajar separuh masa yang lebih pandai mengurus masa kerana beliau tahu masanya terhad. Jadi, teraturnya atau tidak bergantung kepada individu tersebut.

2. DUIT
- Masa saya dulu, gaji dipotong separuh tetapi masih boleh survive. Ada juga yang buat pinjaman tetapi bila diperhatikan ada di antara mereka menggunakanya untuk perkara yang tidak sepatutnya. Jadi, dari segi pengurusan wang pun pada saya bergantung kepada individu tersebut. Nak beli buku? - La ni buku2 rujukan banyak yang boleh didapati online, second hand pun ada...

Cuma mungkin pada awalnya perlu belanja yang lebih sebelum dapat "adjust" dengan kehidupan sebagai pelajar.

3. Ada lagi kot.. cuba-cubalah dapatkan info dari mereka yang sedang sambung belajar sekarang ini dengan bertemu sendiri dengan mereka. Maklumatnya lebih terkini :)

Apa-apapun niat dah ada, teruskan... Kehidupan semasa ini kelihatannya mementingkan "paper qualification" lebih.

All the best!

9w2zla berkata...

thanks for the info... berguna sangat...

Unknown berkata...

Fulltime - cepat habis. Gaji jangan bimbang. Cukup. Saya dulu, 350 jer gaji tinggal, dah kawin, dapat 2 anak kat U. Boleh hidup. Siap pakai motor besar lagi. Tapi kena usaha la. Beri tuisyen lepas kelas. Ala, orang tua belajar. Banyak cengkadaknya. Lecturer pun no hal punya

All in One berkata...

Part time lg mencabar .. sy dulu ..
1. masa (dlm kelas, journey, dh la kelas 2 minggu sekali, kt ukm pl tuh)
2. assignment (kelam kabut nk setel, lg2 klu kwn2 group dok negeri lain)
3. kerja (lg2 klu byk prog d cuti umum, clash dgn kelas/exam)
4. duit (pandai2 la nk bahagi, better jgn buat loan)
5. family (dlm pantang pun gie amik exam)

rindu dgn suasana dulu .. tgh plan nk sambung lg

Sign by Danasoft - Layouts and Images

sapee tu